Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson lega apabila mendapat perintah perlindungan Interim (IPO) terhadap suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46.
Memetik laporan Berita Harian, Zahnita atau nama penuh, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, memaklumkan keputusan Mahkamah Majistret Kuantan itu membuatkan dia merasa lebih bebas untuk keluar bersama anak-anak.
“Saya lega dan rasa lebih bebas sekarang untuk bergerak ke mana-mana termasuk ketika keluar dengan anak. Sekarang ini juga saya tinggal bersama ibu di Kuantan.
“Saya tidak mahu patah balik dengan keputusan diambil. Dia (suami) juga tidak boleh datang ganggu. Saya juga tidak akan layan sebarang pujukan,” katanya kepada pemberita.

IPO adalah peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anak dan saudara-maranya.
Pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu juga nekad dengan keputusan untuk menuntut perceraian secara fasakh selepas memfailkannya pada 3 Disember lalu.
“Sekarang saya teruskan untuk perceraian secara fasakh. Saya hanya fikir supaya dia (suami) buat perkara betul sahaja. Saya mahu teruskan dengan kehidupan sekarang,” katanya.

Selain itu, ketika ditanya mengenai kes keganasan rumah tangga yang dilakukan suami terhadap dirinya, Zahnita menyerahkan perkara itu kepada peguam
“Kes pukul saya serahkan kepada peguam untuk teruskannya. Sekarang saya dapat apa yang dimahukan untuk kes saya,”jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Michael Ang ‘Respect’ Zahnita Wilson, Minta Selebriti Ikut Cara Tak Sebar Aib Suami Di Media Sosial – “Dia Tak Sakau Semua Benda Orang Campak Kat Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:“Modeling Bukan Dunia Saya Lagi”- Zahnita Wilson Tolak Tawaran Bernilai RM150,000
ARTIKEL BERKAITAN:Gagal Tahan Sebak, Zahnita Wilson Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Didera Suami – “Saya Rasa Macam Hamba”
Sumber: Berita Harian