Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Nelydia Senrose, Suami Berbulan Madu Cara Tersendiri

today22 April 2019

Background

Pelakon, Nelydia Senrose dan suaminya, Mohd Hafez Halimi rupa-rupanya belum sempat berbulan madu selepas berkahwin pada 6 April lalu disebabkan oleh komitmen kerja.

Menurut Nelydia, sebaik selesai majlis persandingannya, dia kembali sibuk menyusun aktiviti seni, termasuk menguruskan perniagaan.

“Saya tidak nampak sebab kenapa perlu memperlahankan kerjaya selepas berumah tangga. Memang tanggungjawab saya bertambah apabila perlu menguruskan keperluan suami, tetapi saya tidak akan perlahankan kerjaya seni kerana ia sudah menjadi minat,” katanya.

Namun begitu, pasangan ini ada cara tersendiri bagaimana untuk memulakan kehidupan selepas kahwin.

“Bagi saya dan suami, setiap kali keluar bersama-sama, itu sudah dikira sebagai bulan madu. Ia bukan mengenai lokasi atau destinasi yang kita ingin pergi, sebaliknya lebih bermakna apabila orang yang kita sayang sentiasa berada di sisi,” ujarnya.

Sementara itu, Nelydia juga mendedahkan dia tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba bersama suami tercinta buat kali pertama.

“Puasa semakin dekat, jadi lebih baik kami manfaatkan ruang itu bersama-sama kerana ini pengalaman pertama saya berpuasa dengan suami,” katanya lagi.

Tapi mana agaknya lokasi bulan madu yang dipilih pasangan dua sejoli ini bila kedua-dua mereka dah free ye? Sama-sama kita nantikan.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *