Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

‘Nervous’ Jejas Persembahan Luqman Faiz

today19 November 2019

Background

Penyanyi lagu Kepuraanmu, Luqman Faiz kecewa apabila menghampakan harapan peminat ketika beraksi pada persaingan pertama Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34), di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral, Jumaat lalu.

“Saya gagal mengawal gugup dan ia memberi kesan terhadap persembahan pada malam itu. Disebabkan terlalu gemuruh, saya memencilkan diri ketika menanti giliran membuat persembahan.

“Mungkin ada yang menganggap saya sombong, tetapi sebenarnya, saya cuba melawan ketakutan. Banyak perkara yang saya fikirkan, terutama bagaimana mahu melunaskan bahagian korus lagu itu,” katanya ketika ditemu bual wartawan, Farhana Ab Rahman.

Tidak terus berputus asa, Luqman, 19 akan terus berusaha memperbaiki kelemahan diri.

“Apa yang berlaku pada malam SFMM34 itu banyak mematangkan saya. Kesilapan itu saya anggap sebagai ruang memperbaiki diri dan berusaha memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang.

“Saya masih hijau dalam bidang nyanyian dan kurang pengalaman beraksi di pentas besar. Namun, saya bersyukur kerana lagu itu (Kepuraanmu) membantu nama saya dikenali penggemar muzik,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *