Menurut laporan Berita RTM, sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika melakukan kunjungan menziarahi mereka di hospital terbabit.
“Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin selain merupakan sokongan padu kepada keprihatinan tinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas serta dinafikan hak mereka oleh pihak Israel,” katanya.