Foto terkini pengacara dan pelakon jelita, Noor Neelofa menjadi sebutan ramai di media sosial selepas rata-rata netizen mendakwa selebriti itu sedang berbadan dua.
Ia ekoran perkongsian yang dimuat naik oleh isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau lebih mesra disapa sebagai PU Riz itu seakan memperlihatkan ‘baby bump’.
Dalam gambar berkenaan, Neelofa yang juga seorang usahawan ini memakai jubah berona merah marun serta menggayakan tudung putih.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen teruja serta mendoakan yang terbaik sekiranya benar Neelofa sedang hamil anak ketiga.
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah ABbas,1.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Belum Kongsi Rupa Paras Abdullah Abbas, Neelofa & PU Riz Rasa Lebih Selesa ‘Kaburkan’ Wajah Anak
Artikel Berkaitan: “Terpaling Betul, Yang Komen Tu Saya Delete Sebab Sakit Mata” – Ditegur Cara Memasak, Neelofa Malas Layan Komen ‘Makcik Bawang’