Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai semakin hampir untuk mencapai impian dengan beraksi di Eropah apabila beliau dilaporkan selangkah lagi untuk menyertai kelab Austria iaitu LASK.
Perkara ini dilaporkan oleh media tempatan dimana Quang Hai dan LASK telah mencapai persetujuan dan kesepakatan dan hanya menunggu kontrak rasmi untuk ditandatangani oleh bekas pemain Hanoi FC itu.
LASK menamatkan saingan pusingan pertama Austrian Bundesliga di tangga ke-8 sekaligus memaksa mereka untuk beraksi dalam pusingan untuk mengelak daripada tersingkir ke divisyen kedua pada saingan musim hadapan.

Nguyen Quang Hai
Pada pusingan penyingkiran, LASK ketika ini menduduki tangga kedua dimana mereka ketinggalan satu mata dibelakang pendahulu iaitu FC Admira Wacker Mödling. Quang Hai akan memantau prestasi semasa LASK sebelum beliau membuat keputusan untuk menandatangani…