Sebut saja nama Datin Niena Baharun, pasti ramai teringatkan watak ‘Husna’ yang dibawanya menerusi drama Jangan Benci Cintaku.
https://www.instagram.com/p/Bxb09n8FkJj/
Sudah lama Niena tidak berlakon sejak melahirkan anak sulungnya, Adiel Mikail.
Namun, beliau tidak risau seandainya popularitinya merudum gara-gara berehat terlalu lama daripada bidang lakonan.
https://www.instagram.com/p/Byps0C6FFf7/
“Perasaan rindu mahu berlakon sukar digambarkan. Setiap kali melihat laman sosial rakan seperjuangan yang sibuk di lokasi penggambaran, hati saya meronta-ronta.
“Namun, inilah pengorbanan terbesar saya kerana tanggungjawab sebagai ibu tidak mampu diketepikan. Apatah lagi, Adiel yang baru berusia 10 bulan masih menyusu badan.
“Berjauhan sedikit dia sudah menangis, bagaimana jika terpaksa berpisah lama kerana kerja penggambaran?,” katanya.
Menurut Niena, suaminya Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim tidak pernah menghalangnya untuk kembali berlakon, namun hatinya cepat gelisah memikirkan anak di rumah.
https://www.instagram.com/p/BycRB03FbP-/
“Saya cepat susah hati memikirkan anak di rumah. Jadi, ada baiknya saya tolak dahulu tawaran yang datang. Jika ditakdirkan populariti saya merudum selepas lama berehat, saya reda.
“Saya tahu, agak sukar untuk bangkit semula apabila nama sudah tenggelam. Namun, saya percaya pada rezeki. Populariti itu rezeki dan dapat watak hebat pula saya anggap sebagai bonus.
“Saya juga sentiasa mengingatkan diri, hidup tidak sentiasa di atas. Jadi, tiada apa yang perlu digusarkan jika harus bangkit berjuang semula. Rezeki seseorang sudah ditetapkan,” ujarnya lagi.
https://www.instagram.com/p/BzR1kT9FRdi/
Siapa tahu suatu hari nanti Niena kembali aktif berlakon kan? Sama-sama kita doakan semoga Niena dimurahkan rezeki selalu.
Post comments (0)