Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Niezam Zaidi Mengaku Jalin Cinta Dengan Fify Azmi

today22 January 2025

Background

Pelakon, Niezam Zaidi secara terbuka mendedahkan dia kini berbahagia menyulam cinta bersama aktres, Fify Azmi.

Ketika ditemui XTRA, Niezam atau nama sebenarnya, Niezam Mohd Zaidi, 33, dia enggan membuang masa dan serius dalam hubungan cinta itu selain turut mengakui mereka mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya.

“Saya serius dengan hubungan ini. Kami mesra dan teman, tak payah nak elak elak. Saya dah tua mesti ada perancangan, tiada masa untuk bermain-main,” katamya.

Niezam berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi fotografi mempromosikan sebuah drama di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa.

Bagaimanapun, Niezam mengakui dia enggan terlalu berkongsi mengenai kisah bahagianya itu kerana trauma dengan hubungan sebelum ini yang tidak berakhir dengan baik.

“Sekarang saya lebih selesa diamkan dulu, pengalaman dulu memang buat saya trauma nak kongsi lebih menyebabkan ada tanggapan berlebihan dari netizen sehingga memberi tekanan kepada diri saya sendiri.

“Orang tidak tahu apa saya lalui, mereka hanya mendengar sahaja kisah saya dan salah sangka. Saya tak nak perkara itu terjadi lagi.

“Saya belajar dari hubungan sebelum ini, proses itu diamkan dan kalau menjadi barulah hebohkan untuk kebaikan. Jadi saya mengambil keputusan kali ini biarlah Allah, keluarga, saya dan dia sahaja yang mengetahui,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Niezam akan muncul dalam sebuah drama bergandingan bersama Ezzanie Jasny dan Fadlan Hazim.

“Cabaran bagi saya untuk mengeluarkan jiwa dari dengan watak sebagai seorang yang depresi. Saya hanya diberi masa tiga hari untuk membuat penyelidikan mengenai keadaan tersebut.

“Satu hari menerusi kaedah teori, hari kedua saya perbaiki lagi pemahaman saya dan hari ketiga saya bereksperimentasi dengan watak itu menggunakan kaedah sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan: Fify Azmi, Niezam Zaidi Jalin Cinta – “Doakan Dipermudah Ke Fasa Seterusnya”

Artikel Berkaitan: “Just The Two Of Us” – Muat Naik Video Mesra, Fify Azmi & Niezam Zaidi Hangat Bercinta?

Written by: Salma


Previous post