Kumpulan Hujan merupakan sebuah kumpulan muzik popular tanah air yang sentiasa mendapat perhatian peminat muzik di Malaysia. Vokalis kumpulan itu, Noh Salleh yang juga merupakan suami kepada penyanyi Mizz Nina umpama memberi bayangan bakal menamatkan kariernya dalam dunia muzik.
Menerusi laman Instagram miliknya, dia mengatakan bahawa berkemungkinan persembahannya di Melaka merupakan persembahan yang terakhir buat dirinya bersama kumpulan Hujan. Dia turut meminta sesiapa yang ada memberi hutang kepadanya agar menghubungi dirinya untuk menuntut bayaran.

Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Post comments (0)