Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nonny Nadirah Gemuruh Nyanyi Lagu Adele

today29 August 2024

Background

Penyanyi sensasi, Nonny Nadirah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang menyanyi sebuah lagu berjudul Love In The Dark milik penyanyi terkenal antarabangsa, Adele.

Menerusi perkongsian tersebut, Nonny berkata dia sangat gementar apabila memegang mikrofon namun cuba membawa lagu tersebut dengan baik.

“Saya sangat nervous bila pegang mikrofon. Saya dah cuba sehabis baik. Saya bukan seorang penyanyi power vokal, tetapi saya suka mencabarkan diri sendiri.

“Pertama kali pilih lagu ballad dan hampir empat tahun juga saya jarang keluar berjumpa dengan orang.

“Versi tidak disunting ini saya rakam sebelum dapat tawaran, Terima kasih kepada anda semua, terima kasih kepada pasukan saya,” katanya.

Sementara itu, di akhir muat naik itu Nonny sempat memberi nasihat untuk tidak menolak rezeki dan jangan mencari musuh.

“Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kalau datang sendiri? Pandai-pandailah kau hadap,” katanya lagi.

Nonny Nadirah

Artikel Berkaitan: “Yang Satu Takut Job Kena Caras, Seorang Lagi Tak Boleh Tengok Aku Dalam Industri “- Nonny Nadirah Perli Siapa Tu?

Artikel Berkaitan: Kerap Muat Naik Video Seksi Di IG, Nonny Nadirah Nafi ‘Attention Seeker’ – “Kita Iman Turun Naik, Tak Perlu Nak Perbesarkan”

Written by: Salma


Previous post