Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Noor Nabila Beri Bayangan Pernikahan Dengan Engku Emran Masih Baik

today15 August 2022

Background

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila yang didakwa telah berpisah dengan suaminya, Engku Emran.

Isu tersebut menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa portal mendakwa masjid yang dibina mereka selama setahun lebih itu dikatakan bergolak dan tindakan Nabila memadam foto perkahwinan mereka juga menimbulkan tanda tanya.

Susulan itu, Nabila seakan memberi ‘hint’ sekaligus menjawab persoalan netizen mengenai kontroversi rumah tangganya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Video berdurasi 49 saat itu memaparkan gelagat putera sulungnya, Jebat Jayden yang sedang mendirikan solat dengan suaminya.

Rata-rata netizen terhibur dengan momen manis yang dikongsikan Nabila terutamanya melihat gelagat Jebat yang comel.

Namun begitu, menerjah ke ruangan komen, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa berang terhadap media seberang kerana dianggap sengaja mahu mencipta kontroversi dengan memuat naik berita ‘perceraian’ itu.

Setengah daripada mereka turut menyeru agar media seberang tidak sewenang-wenangnya membuat konten sebegitu kerana hanya akan mencelarkan imej portal hiburan tersendiri.

Terdahulu, media melaporkan Nabila memadam gambar pernikahannya bersama Engku, termasuklah gambar sambutan raya mereka bersama.

Artikel Berkaitan:Β Rumah Tangga Berantakan? Noor Nabila Delete Semua Gambar Suami Di IG… Netizen Mohon Fikir Positif – β€œPadam Tak Semestinya Bergolak”

Untuk rekod, Noor Nabila pernah berkahwin dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada tahun 31 Mac 2017, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden.

Empat tahun kemudian, Noor Nabila mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada 19 Mac 2021.

Written by: Aqilah


Previous post