Lagi beberapa hari kita dah nak berpuasa ni. Dah ready ke?
Berpuasa bagi orang dewasa mungkin mudah kerana sudah terbiasa namun untuk anak-anak kecil ia barangkali satu cabaran besar dan berat untuk mereka.

Oleh hal demikian, pelakon Nora Danish melatih anak lelakinya, Putera Rayqal dan anak tirinya, Mohamed Nedrin atau Dre untuk berpuasa sebagai persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.
https://www.instagram.com/p/B-6u_1kgqBW/
Untuk pengetahuan, Dre merupakan anak kepada suaminya, Nedim Nazri Aziz hasil perkahwinan lalu.


Post comments (0)