Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Norman Hakim Main TikTok Bersama Anak-anak, Ramai Terhibur!

today24 February 2020

Background

Kebelakangan ini, aplikasi TikTok semakin popular di kalangan pengguna dari seluruh dunia kerana ia menjadi platform untuk pengguna berkongsi pelbagai video pendek yang unik dan kreatif.

Malah, golongan influencer dan selebriti juga turut menggunakan platform tersebut untuk menghiburkan pengikut mereka.

Antaranya ialah pelakon, Norman Hakim, 43, yang melayan karenah anak-anaknya dengan bermain TikTok sambil menunggu pesanan makanan di sebuah restoran.

https://www.instagram.com/p/B8u_mqknRVK/

Perkara itu dikongsikan oleh Norman menerusi video yang dimuat naik pada 22 Februari lalu di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B83pQx-H27f/

Di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat Norman yang dikatakan lebih over berbanding anak-anaknya, selain mereka turut memuji keakraban keluarga bahagia itu.

Imbas kembali, Norman memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi.

Bersama Memey Suhaiza, Norman dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 6, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 4.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *