Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Not An Easy Delivery But…” – Sari Yanti Selamat Lahirkan Baby Boy!

today8 June 2020

Background

Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki pada 6 Jun lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon drama Kisah Kaisara itu menerusi laman Instagram miliknya memaparkan foto tangan bayinya yang baru lahir.

Kata Sari, dia bersyukur telah selamat melahirkan anak kedua hasil perkahwinannya bersama seorang pelawak, Jep Sepahtu biarpun proses bersalin kali ini bukan mudah.

Terdahulu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara, 2, selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017.

Dalam pada itu, Sari turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakannya.

Tahniah diucapkan buat Sari dan suami! Selamat berpantang ye.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *