Ketika ini, terdapat pelbagai pilihan platform penstriman seperti Netflix, Iflix, dan Viu yang menyajikan rancangan hiburan seperti drama dan filem dan sebagainya yang boleh ditonton.
Jika kami katakan terdapat servis penstriman patuh syariah bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, adakah anda percaya?
Menerusi perkongsian pengguna Twitter @mabhms yang mendapat sumber daripada saudara Uthman Daud, Nurflix bakal menemui rakyat Malaysia pada awal tahun depan.
NETFLIX ATAU NURFLIX ?
Nurflix ialah satu platform yang lain selain dari media yang ada sekarang. Ia diasaskan oleh Brader Shah (kumpulan The Brothers) yang mana beliau dari dulu lagi inginkan satu option platform media yang patuh aqidah & syariah. pic.twitter.com/0CSgtzUjYI
— Muhammad Azmy (@mabhms) July 8, 2020
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Post comments (0)