
PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkongsi cerita sedih bahawa beliau mengalami keguguran kandungan anak keempatnya.
Pada satu paparan di akaun Instagram miliknya, bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu memaklumkan berita sedih tersebut sambil berkongsi gambarnya berpelukan dengan kedua-dua ibu bapanya iaitu Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Wan Azizah Wan Ismail.
Merujuk kepada hantaran di laman media sosialnya itu, Izzah berkata mungkin itu kali pertama mereka berpelukan sesudah PRU15 lepas.
“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama. Selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita saya mengandung anak keempat, kemudian dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. `The little boot…