Walaupun usia pembabitannya dalam seni muzik Indonesia baru sahaja lapan tahun, kematangan yang ditunjukkan Tulus pada konsertnya di Malaysia dan Indonesia pada tahun ini sangat luar biasa.
Dilihat pada bakatnya dalam nyanyian seolah-olah tiada sebarang perkara yang perlu dibetulkan oleh juri, malah alunan vokal dan penghayatannya dalam setiap bait-bait lagu menusuk ke jiwa para pendengar
Baru-baru ini, sedang asyik Tulus membuat persembahan, dia dihadiahkan sejambak bunga daripada peminatnya.
Lebih menarik perhatian, penyanyi yang berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat itu kekal memegang bunga tersebut sehingga ke akhir persembahannya pada malam itu.
gemes bangett nyanyina sambil bawa bunga dr penonton😭😭😭 @tulusm pic.twitter.com/iutnxxCEts
— rey (@reynkarnasi_) November 15, 2019
Begitulah penghargaan seorang penyanyi kepada para peminatnya. Ciapan video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang bernama Rey itu terus mendapat perhatian daripada netizen.
Dengan jumlah tontonan sebanyak lebih 50,000 kali, video yang berdurasi selama 0:30 itu juga turut memaparkan Tulus menyanyikan lagunya yang berjudul Labirin.
Tulus yang berusia 32 tahun popular dengan lagu Pamit, Gajah, Ruang Sendiri, Adu Rayu, Monokrom, Langit Abu-Abu, Tuan Nona Kesepian, Teman Hidup, Lagu Untuk Matahari, Pamit, Manusia Kuat dan Sewindu.
Post comments (0)