Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Operator kren jatuh laut ditemui lemas

today21 August 2024

Background


operater terjatuh sibu
Menurut bomba, mayat mangsa ditemui pekerja warga China dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. (Gambar JBPM)

SIBU: Seorang operator kren yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut semasa melakukan kerja-kerja penggalian dari atas kapal di perairan Tanjung Kidurong berhampiran jeti Petcham Methanol Simalaju, Bintulu, ditemukan lemas petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan, berkata mayat mangsa, Mathew Manggah, 46, ditemukan terdampar di kawasan pantai pada 4.56 petang kira-kira 350 meter dari lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh.

Beliau berkata mayat mangsa dijumpai pekerja warga China yang melalui kawasan pantai berkenaan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan pada 7.34 pagi tadi memaklumkan seorang operator kren yang berada di atas sebuah kapal di perairan Tanjung Kidurong berhampiran jeti Petcham Methanol…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Intan Hayati


Previous post