Pernahkah anda terfikir mengapa orang yang dilamun cinta boleh memngambil tindakan yang tidak waras dan sukar difahami termasuklah berani untuk mengadakan hubungan sulit di luar perkahwinan.
Pakar neurologi cuba merungkai perkara tersebut dengan melakukan kajian ke atas perkara yang berlaku pada otak ketika seseorang itu sedang dilamun cinta.
Mereka mengimbas apa yang berlaku di dalam otak selain menyatakan perubahan kimia pada bahagian otak yang aktif dan bahagian yang tidak aktif apabila seseorang mengalami perasaan itu.
Hasil kajian mendapati bagaimana seseorang yang bercinta boleh menjadi gemuruh dan tidak stabil.
Mereka mendapati korteks hadapan otak yang membuat pertimbangan, menjadi tidak aktif apabila sesorang itu bercinta.
“Apabila anda melihat seseorang yang ada sukai, beberapa bahagian otak akan menjadi aktif. Namun satu bahagian besar lagi menjadi tidak aktif iaitu otak yang membuat pertimbangan,” ujar Professor Neuroaestatik dari Kolej Universiti London Semir Zeki.
Beliau percaya otak bertindak sedemikian untuk melaksanakan tujuan biologikal lebih tinggi iaitu untuk membolehkan proses pembiakan berlaku.
“Imbasan otak juga menunjukkan ketika bercinta, bahagian otak yang mengawal ketakutan dan perasaan negatif tidak berfungsi dan ia menerangkan mengapa seseorang itu tidak takut sebarang perkara apabila mereka dilamun cinta.
Kegilaan ini juga dikatakan menyebabkan orang bercinta sukar menerima nasihat daripada rakan.
Sumber daripada: Utusan Malaysia
Post comments (0)