Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah rumah telah didatangi oleh pihak TNB selepas mereka mendapat aduan mengenai penggunaan elektrik di rumah itu.
Difahamkan, pemilik kereta Tesla tersebut telah didakwa mengubah cara pemasangan untuk pengecasan keretanya agar tidak dikesan penggunaan yang berlebihan daripada pihak TNB.
Menurut pekerja TNB berkenaan pemasangan tanpa melalui meter telah menyebabkan penggunaan tenaga elektrik di rumah terbabit tidak dapat direkodkan. Malah, ia telah menjadi kerugian buat syarikat itu.
“Penyambungan wayar ini (stesen pengecasan) sebelum meter, kira meter ini tak rekod sebarang penggunaan, bila meter tak rekod jadi bil tak akan sampai, ini kira kerugian kepada TNB lah,” katanya.
Selepas diberitahu perkara tersebut, pemilik berkenaan dilihat seperti terkejut dan mendakwa ia adalah salah juruteknik yang melakukan pemasangan tersebut.
Susulan daripada itu, pihaknya terpaksa memotong dan membetulkan semula litar elektrik terbabit. Pekerja berkenaan…