Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

P Pinang mahu pilihan raya serentak, kata Chow

today13 October 2022

Background



Ketua Menteri Pulang Pinang, Chow Kon Yeow berkata, terdapat desakan dari penduduk Pulau Pinang yang mahu pilihan raya diadakan serentak.

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulang Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau memilih untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Chow berkata, mengadakan pilihan raya serentak boleh mengurangkan urusan logistik dan terdapat desakan daripada rakyat Pulau Pinang yang mahu pilihan raya diadakan serentak.

Katanya, DAP Pulau Pinang hanya menyuarakan “hujah terbaik” mengenai perkara itu kepada pucuk pimpinan parti ketika mesyuarat pada Selasa lalu.

“Kami berjaya menyakinkan kepimpinan tertinggi DAP untuk membawa isu ini ke mesyuarat pemimpin Pakatan Harapan yang berlangsung semalam dan turut dihadiri saya.

“Kita tunggu pengumuman rasmi (mengenai keputusan pilihan raya negeri) esok,” katanya kepada wartawan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters