Aktor Remy Ishak menerusi laman Instagram miliknya hari ini memuatnaik foto wajahnya yang bengkak selepas ‘dipukul’ dalam filem terbaharu lakonannya iaitu Sangkar yang mula ditayangkan di pawagam hari ini.
“Pada yang ingin melawat dan memberi sokongan kepada saya boleh datang ke pawagam pada 29 Ogos 2019,” tulisnya sebagai kapsyen.
https://www.instagram.com/p/B1tUz5mHYew/?utm_source=ig_embed
Sementara itu, menjenguh ke ruangan komen pula, rata-rata pengikut Remy berasa terkejut melihat gambar itu sebelum membaca kapsyen yang ditulis.
Sangkar merupakan filem terbaru arahan Kabir Bhatia yang menampilkan unsur sukan seni bela diri campuran (MMA).
Selain Remy, Sangkar turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Mira Filzah, Nik Adam Mika, dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Sangkar yang telahpun menjengah pawagam bermula hari ini!
Post comments (0)