Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pahang negeri terbaharu dilanda banjir selepas Johor, Sabah

today25 January 2023

Background



Tiga PPS dibuka di Pahang susulan banjir di negeri itu manakala mangsa di enam daerah di Johor kini meningkat kepada 4,368. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir selepas Johor dan Sabah menjadikan tiga negeri kini terjejas dengan bencana itu ekoran hujan lebat yang berterusan.

Di Pahang, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Rompin bagi menempatkan 97 mangsa daripada 28 keluarga.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa paling ramai ditempatkan di PPS Kampung Setajam iaitu 50 orang daripada 15 keluarga, manakala PPS Balai Raya Bukit Lepas dihuni 40 orang daripada 11 keluarga dengan kedua-dua PPS itu mula beroperasi petang ini.

Tujuh lagi mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bandar Perwira Jaya, sejak tengah malam tadi selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat.

Laman web portal rasmi info banjir JPS publicinfobanjir.water.gov.my

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA