Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pahang negeri terbaharu terjejas banjir

today13 October 2024

Background


Pahang negeri terbaharu dilanda banjir manakala keadaan di Johor, Perak, dan Kedah tidak banyak berubah. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi, manakala keadaan banjir di Johor, Perak, dan Kedah tidak banyak berubah.

Di Pahang, menurut aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, dua PPS dibuka di Temerloh yang menempatkan 66 mangsa banjir daripada 18 keluarga, dengan 36 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang, manakala 30 orang daripada enam keluarga berlindung di Balai Raya Mempateh.

Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit setakat 8 malam dengan 200 orang daripada 63 keluarga dipindahkan ke empat PPS, berbanding 196 orang daripada 61 keluarga petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani berkata tiga daerah terjejas dengan Kluang merekodkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post