
KUANTAN: Perubahan portfolio exco Pahang akan diumumkan hari ini, kata Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, perubahan itu bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
“Sikit saja, tak ramai (perubahan portfolio)…ada sikit perubahan untuk tambah baik, kemaskan pentadbiran kerajaan negeri supaya lebih berkesan,” katanya selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di depan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz di sini semalam.
Dalam isitiadat itu, Adun Pelangai, Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan sebagai exco baharu.
Amizar, 50, berkata pelantikan itu mengejutkannya kerana hanya dimaklumkan pada 1 tengah hari semalam, justeru beliau menzahirkan…