
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Kuala Lumpur mengingatkan orang ramai berwaspada dan tidak terpedaya jika menerima sebarang mesej pesanan sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mahupun platform pemesejan lain menawarkan perkhidmatan melepaskan orang kena tahan (OKT) yang dipercayai mempunyai hubungan pekerjaan dengan mereka.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata pihaknya mendapati terdapat penyalahgunaan identiti yang mana ada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi maklumat untuk tujuan penipuan melibatkan wang ringgit.
“Untuk makluman, hebahan melalui SMS mahupun platform pemesejan serta panggilan telefon berkaitan transaksi di dalam perkhidmatan Imigresen Kuala Lumpur tidak sama sekali diguna pakai dan urusan adalah hanya melalui panggilan telefon rasmi di talian 03 62057400 atau…