Tular di laman sosial baru-baru ini mengenai kes seorang penjual jagung yang enggan memberikan kerjasama ketika anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan tugasan.
Katanya ‘pakcik jagung’ itu gagal memberikan kerjasama dan memprovokasi anggota yang sedang menjalankan tugas.
https://www.instagram.com/p/CCqcx6HpWe7/
Berdasarkan pemerhatian yang diambil dari video yang tular itu, pakcik ini adalah seorang pemegang kad pemastautin tetap (PR) dan tidak layak untuk memohon permit penjaja berdasarkan arahan kerajaan negeri Selangor. Disebabkan itu, pihak anggota penguat kuasa MPS merampas barang-barang perniagaan ‘pakcik jagung’ ini.
Akan tetapi, ada segelintir netizen yang kesal dengan tindakan anggota penguat kuasa MPS itu kerana bercakap secara kasar dan mereka juga turut melempar jagung pakcik itu.
Terpanggil dengan keadaan pakcik ini, Ustaz Ebit Lew datang melawat pakcik ini di kediamannya.
https://www.instagram.com/p/CCnMEtflB_8/
Ustaz Ebit memuat naik video melawat ‘pakcik jagung’ ini dengan kapsyennya mengatakan dia sedih melihat keadaan pakcik ini yang berniaga jagung dengan penglihatan mata kabur hampir 90%.
“Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang jaya Pakcik rabun 90 peratus tak nampak.
“Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer. Muka semua dah takleh nampak.”
Ustaz Ebit juga ada bertanyakan kepada pakcik ini, katanya dalam seminggu, hampir 3 kali jagungnya dirampas disebabkan tiada lesen untuk berniaga.
“Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen.”
Sumber gambar : Twitter @EbitLew
Mengatakan beliau tidak menyalahkan sesiapa, tetapi ingin meminta perhatian dan bantuan dari Majlis Perbandaran Selayang untuk membantu pakcik ini.
“Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS selayang dapat membantu pakcik ini.
“Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih.”
Sumber gambar : Twitter @EbitLew
Bersabarlah pakcik, kami doakan semoga pakcik ini terus dimurahkan rezeki sekeluarga.
Tidak perlu kecam mengecam, mari sama sama kita jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran kepada kita semua untuk saling membantu mereka yang memerlukan.
Post comments (0)