Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pan Gon nafi hantar surat mahu tinggal Harimau Malaya

today30 March 2024

Background


Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menegaskan tiada surat dihantar kepada FAM. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon menafikan laporan ada menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia menamatkan khidmat bersama skuad kebangsaan.

Katanya, laporan memetik sumber itu sama sekali tidak tepat, sambil menegaskan tiada sebarang surat dihantar kepada badan induk itu.

β€œSelepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM Hamidin Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini dan saya sendiri telah memberi jaminan kepada beliau bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir.

β€œβ€¦dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Pan Gon turut memberi jaminan kepada semua penyokong Harimau Malaya akan komitmennya membimbing skuad negara sehingga kontrak berakhir pada hujung 2025.

Katanya, misi utamanya untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post