

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan lima daripada enam calon bagi menghadapi PRN Melaka, malam tadi.
Timbalan penyelaras Wawasan Melaka, Yadzil Yaakub, akan mempertahankan Bemban yang dimenanginya atas tiket Bersatu, manakala Ketua Gerakan Melaka, Michael Gan Peng Lam ditugaskan untuk merampas Ayer Keroh daripada DAP.
Ahli Jawatankuasa PAS Hang Tuah Jaya, Ridzuan Sarif, pula akan mencabar Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari di Bukit Katil.
Sementara itu, Timbalan Ketua PAS Tangga Batu Rafie Ahmad akan bertanding di Paya Rumput, manakala Timbalan Ketua Wawasan Kota Melaka Albert Kok ke Kesidang. Calon bagi Kota Laksamana akan diumumkan kelak.
Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapannya memberitahu jentera PN supaya membantu calon BN.
“Kita bukan sekadar nak menang dengan majoriti mudah, tetapi kita nak menunjukan bahawa kita boleh jadi Melaka ini sebagai batu asas penyatuan ummah dan kebersamaan dengan…