
PETALING JAYA: Menyokong hasrat kerajaan membantu membangunkan semula Gaza, PAS mencadangkan perancangan itu dibentangkan secara terperinci di Parlimen.
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, usaha itu merupakan suatu tanggungjawab moral yang selari dengan dasar luar negara yang konsisten menyokong perjuangan Palestin.
“Bagi memastikan ketelusan dan keyakinan semua pihak, dicadangkan agar langkah pembinaan sekolah dan hospital di Gaza ini dibentangkan secara terperinci di Parlimen.

“Dengan cara ini, perancangan, sumber dana, serta mekanisme pelaksanaannya dapat diperjelas, sekaligus mengukuhkan sokongan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam pada itu, beliau menegaskan keprihatinan terhadap isu global tidak bermakna keperluan rakyat sendiri diabaikan.
“Malaysia telah lama mengamalkan dasar membantu dalam dan…