Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Pasang Dua Bodyguard, Nora Danish Minta Peminat Jangan Takut Untuk Dekatinya

today2 May 2019

Background

Sejak berkahwin dengan Nedim, pelakon Nora Danish kini diawasi dua pengawal peribadi.

Bukan mahu berlagak ‘diva’ tetapi tindakan suaminya yang ‘memasang’ dua pengawal peribadi itu adalah demi keselamatan Nora yang sering pelupa dan kadang kala kurang pandai menjaga diri.

Nora juga mendedahkan suaminya amat mengambil berat terhadap dirinya selain seorang yang begitu protective.

“Nedim seorang yang sangat protective. Saya tak pernah ada bodyguard sebelum ini tapi sejak saya berkahwin dengannya, dia beritahu nak gajikan pengawal untuk teman kerana dia bimbangkan keselamatan saya,” katanya.

Wah, bertuah Nora! Tapi elok lah ada bodyguard, sekarang ni kan banyak kes-kes jenayah yang berlaku.

Namun sejak diawasi pengawal peribadi, Nora mengakui ada segelintir peminat yang takut menghampirinya untuk bergambar.

“Ada juga saya perasan komen-komen peminat yang beritahu nampak saya tapi takut nak tegur sebab muka bodyguard garang sangat. Jadi saya cakap dengan mereka (bodyguard), kalau peminat nak ambil gambar kena bagilah,” ujarnya lagi.

Ha…Nora Danish dah bagi ‘green light’ tu untuk ambil gambar. Lepas ni peminat Nora jangan takut-takut lagi okay!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *