Seorang individu mendakwa pasangan pempengaruh terkenal jahil dan mengarut apabila kempen infaq daging korban yang dibuat pasangan tersebut adalah bid’ah.
Menerusi muat naik di Facebook, individu tersebut menyatakan ibadah korban mempunyai syariat kaedah yang telah digariskan syarak.
Malah, individu tersebut turut menjelaskan kedua-dua perkara iaitu infaq dan ibadah korban adalah dua perkara yang berbeza.
“Apa yang influencer ini buat adalah bid’ah dan kejahilan.
”Syariat korban ada kaedah yang telah digariskan syarak. Setiap kategori haiwan korban telah ditetapkan bahagiannya.
”Manakala setiap orang boleh mengambil bahagian dalam korban dengan ketetapan tersebut dan setiap ketua keluarga yang berkorban sunnahnya boleh mewakili seluruh ahli keluarganya walaupun dengan hanya seekor kambing.
“Tapi bukan dengan kaedah pool fund mcm ni. Ini mengarut namanya. Infaq adalah infaq, manakala korban adalah korban. Dua perkara berbeza,” dakwanya.
Tambah individu tersebut, dia menyifatkan kempen pasangan pempengaruh tersebut menunggang ibadah korban semata untuk mengutip dana.
“Sebelum nak buat apa-apa, rujuk dahulu kepada agamawan dan mereka yang berautoriti dalam urusan agama.
“Bagi saya apa yang dilakukan influencer ini adalah menunggang ibadah korban untuk mengutip dana yang banyak,” dakwanya lagi.
Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!