Hot FM

Pasport Malaysia ke-7 paling berkuasa di dunia


Malaysia kongsi kedudukan ke-7 dalam Indeks Pasport Henley 2026 bersama Australia, Kanada, Czechia, Latvia, New Zealand, Slovakia dan Slovenia.
KUALA LUMPUR:

Malaysia kekal dalam kelompok 10 pasport paling berkuasa di dunia apabila menduduki tempat ketujuh dalam Indeks Pasport Henley 2026 dengan pemegang pasport Malaysia menikmati akses tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 183 destinasi.

Singapura mengungguli kedudukan itu dengan akses tanpa visa ke 192 destinasi, diikuti Jepun, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berkongsi tempat kedua, manakala Sweden berada di tempat ketiga.

Belgium, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Luxembourg, Belanda, Norway dan Sepanyol berkongsi tempat keempat, diikuti Austria, Greece, Malta, Portugal dan Switzerland di tempat kelima.

Hungary, Poland dan United Kingdom (UK) berada di kedudukan keenam, manakala Croatia dan Estonia di tempat kelapan serta Liechtenstein dan Lithuania di tempat kesembilan.

Malaysia berkongsi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version