Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pasport sah 10 tahun dalam tempoh terdekat

today12 July 2024

Background


malaysian passport
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pasport itu membolehkan rakyat membuat pilihan sama ada menggunakan pasport tempoh sah lima atau 10 tahun.

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk mengeluarkan pasport bagi tempoh sah laku selama 10 tahun, kata Menterinya Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tarikh pelaksanaan pengeluaran pasport itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas kajian mengenai perkara itu selesai dijalankan.

“Apakah kita sudah bersedia, ya…setelah kajian sempurna kita membuat ketetapan bahawa kita ke arah itu (pasport 10 tahun),” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan pejabat pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Saifuddin berkata pasport itu membolehkan rakyat negara ini mempunyai pilihan sama ada menggunakan pasport tempoh sah lima atau 10 tahun.

Beliau berkata sebelum ini beberapa kajian libat urus dijalankan oleh Jabatan Imigresen untuk melihat kesesuaian bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post