
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan berharap agar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memastikan kes kematian seperti yang membabitkan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak berulang pada masa akan datang.
Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata, walaupun kawal selia universiti itu bukan bawah bidang kuasa kementeriannya, UPNM bertanggungjawab mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara.
“UPNM sebagai universiti pertahanan ialah tempat kita hantar dan pastikan kadet-kadet untuk keperluan tentera,” katanya.
“Kampus itu terletak dalam kawasan kita dan visinya datang daripada kita. Jadi dalam hal ini kita juga beri perhatian dan kita juga sampaikan kepada pihak pengurusan universiti supaya mereka pastikan ini tidak berlaku di masa…