Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Payung Foto Baby Bump, Ramai Pula Tak Sangka Erynne Erynna Dah Kahwin

today5 June 2020

Background

Siapa je yang tidak kenal dengan Erynne Erynna yang mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2004.

Pelakon berbakat ini sangat menyerlah dari usianya 8 tahun dengan membintangi puluhan drama di kaca televisyen antaranya Mencari Syurga, Ema Emyliana, Mak Muda, The Gadis dan yang terbaru Nasi Kerabu Untuk Che Abe.

Kini berusia 24 tahun, Erynne Erynna atau nama sebenarnya Syazlynn Erynne binti Abdullah bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi.

Difahamkan, kandungan Erynne sudah pun memasuki usia 7 bulan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Erynne ada berkongsikan foto baby bump kepada umum.

Lantas, foto raya yang diambil bersama suaminya itu menerima pelbagai reaksi antaranya ramai yang tidak menyangka pelakon tersebut sudah meningkat dewasa dan telah pun mendirikan rumah tangga.


Untuk pengetahuan, Erynne telah berkahwin dengan jejaka pilihannya pada 17 April 2019.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *