Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pelajar Kenakan Pakaian Ala-Ala Permaisuri Agong Tuanku Azizah Pukau Tumpuan Semua!

today28 August 2019

Background

Zaman persekolahan masa yang ditunggu-tunggu mestilah sesi bergambar sesama rakan dan guru kelas masing-masing kan?

Mana tidaknya, semua dapat melaram pakai pakaian yang cantik-cantik dan kemas supaya gambar tersebut dapat menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selain hanya berpakaian sekolah, ada juga sesetengah sekolah yang memberi kelonggaran terhadap pelajar mereka untuk mengenakan pakaian bertema.

Terbaharu, pengguna twitter yang bernama @sarahmiisha menerusi laman Twitter miliknya berkongsi beberapa foto gambar kelasnya pada tahun ini.

https://twitter.com/sarahmiisha/status/1165563007511908352

Foto berkenaan sekaligus telah menarik perhatian ramai, selain Tuanku Agong Permaisuri Azizah sendiri yang memuji kecantikan pelajar-pelajar tersebut.

Dimuat naik pada 25 Ogos, ciapan tersebut telah meraih lebih 8,000 likes berserta pelbagai reaksi daripada netizen.

Semoga cara pemakaian yang sopan ini terus menjadi inspirasi buat semua.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *