PETALING JAYA: Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang disyaki terlibat dalam kes buli telah diganggu di sekitar pekan selepas kes itu tular di media sosial, kata Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berasrama penuh itu.
PIBG sekolah terbabit mengkritik ahli keluarga individu yang didakwa mangsa buli itu, kerana menularkan kes itu di media sosial, sambil berkata tindakan berkenaan membawa imej buruk kepada MCKK.
Katanya dalam kenyataan, pihaknya “menerima laporan mengenai murid-murid MCKK yang diherdik dan dihalau dari premis makanan di sekitar Kuala Kangsar dan dicop sebagai ‘pembuli’,” walaupun kes tersebut diambil tindakan oleh pihak sekolah.
PIBG sekolah itu juga menyelar apa yang dikatakan cubaan campur tangan dalam pengurusan sekolah.
Dalam pada itu, ia mencadangkan agar MCKK tidak…