
PETALING JAYA: Badan Peguam menggesa pembuat dasar negara mengiktiraf bahawa pelarian bukan pendatang tanpa dokumen atau tanpa izin.
Dalam kenyataan sempena Hari Pelarian Sedunia, Presiden Badan Peguam Ezri Abdul Wahab, berkata penting untuk memahami bahawa pelarian dan pemohon suaka terpaksa melarikan diri akibat keadaan yang bahaya di negara mereka.
Kerajaan menganggap pelarian dan pemohon suaka sebagai pendatang tanpa dokumen atau haram bawah Akta Imigresen 1959/1963.
Malaysia juga bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951, bertujuan melindungi hak mereka yang diberi suaka oleh negara melindungi mereka.
Ezri berkata, walaupun terdapat banyak desakan untuk perlindungan undang-undang bagi pelarian di Malaysia, negara ini belum mempunyai rangka kerja undang-undang dan pentadbiran mencukupi untuk mengesahkan dan…