
Pelakon berprofil tinggi, Joaquin Phoenix dah disahkan oleh tuan director sendiri, Todd Philips untuk memegang watak Arthur Fleck atau Joker dalam filem terbaru Joker yang mengisahkan seorang stand-up comedian yang gagal dan lama-kelamaan menjadi seorang psycho sampai terlibat dalam aktiviti jenayah. Filem ni dijangka akan ditayangkan pada Oktober 2019.
Bukan biasa-biasa Joaquin Phoenix ni, Joaquin Phoenix pernah menang beberapa anugerah ternama salah satunya Best Actor untuk filem Walk The Line pada tahun 2006 di Golden Globe Awards.
Joaquin Phoenix. Sumber : Getty
Watak Joker ni sebenarnya tak semua pelakon yang nak dan mampu untuk lakonkan. Kita yang tengok filem yang ada watak Joker terutama sekali filem Batman, pun tau betapa psycho nya watak ni. Korang perasan tak siapa yang pernah berlakon sebagai Joker sebelum ni? Nah usha kat bawah.
Heath Ledger
Heath Ledger pernah bawa watak Joker dalam filem The Dark Night pada tahun 2008 dengan jayanya sehingga berjaya menang Best Supporting Actor dalam The Dark Night di Academy Awards atau The Oscars pada tahun 2008. Heath Ledger meninggal pada 22 January 2008 selepas beberapa bulan selesai pembikinan filem The Dark Night.
Jared Leto
Selepas pemergian Heath Ledger, watak Joker diberikan kepada Jared Leto yang bersetuju untuk berlakon sebagai Joker dalam filem Suicide Squad pada tahun 2016. Lakonan Jared Leto sebagai Joker dipuji oleh pengkritik-pengkritik filem walaupun ada yang membezakan cara lakonan Jared Leto dan Heath Ledger sebagai Joker. Korang tahu kan, Jared Leto juga sebenarnya seorang vokalis untuk band 30 Seconds To Mars.
Untuk mengetahui lebih lanjut, Klik sini
Penulis: THELAKI