Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemandu bas terbabit kemalangan maut positif dadah, tiada lesen memandu

today15 October 2024

Background


Keadaan bas sekolah yang terbabit dalam kemalangan maut di Batu 3, Jalan Tawau-Kalabakan semalam. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Pemandu bas sekolah yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang remaja 19 tahun maut di Batu 3, Jalan Tawau-Kalabakan di Sabah semalam, didapati positif dadah.

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, berkata hasil ujian mendapati lelaki 37 itu di bawah pengaruh dadah dan siasatan lanjut menunjukkan suspek tiada lesen memandu sah.

Beliau berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat kemalangan ini diminta tampil ke pejabat trafik IPD Tawau untuk membantu siasatan,” katanya menurut Harian Metro.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin, berkata sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi sejauh 86km selepas menerima panggilan pada 2.10 petang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post