PH akan mengadakan pertemuan dengan BN minggu depan bagi memutuskan perkara berkenaan, kata menteri besar Selangor.

KUALA LUMPUR: Isu pengagihan kerusi PRN Selangor antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada awal bulan depan, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shaari.
Menurutnya, PH akan mengadakan pertemuan dengan BN minggu depan bagi memutuskan perkara berkenaan.
“Untuk PH, kita sudah muktamadkan pembahagian kerusi sejak 2021. Sekarang bila ada elemen BN, maka kita akan mula rundinglah,” katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.
“Dalam awal minggu depan, kita ada perjumpaan pertama dengan BN dan selepas itu rundingan akan dimulakan. Saya harap akhir Februari atau awal Mac boleh muktamad.”
Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahmad Yunus Hairi berkata,…