
ALOR SETAR: Pemilik majoriti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Daud Bakar, mengalu-alukan hasrat sebuah syarikat untuk membeli keseluruhan kepentingan dan tanggungan kelab itu.
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai memandangkan perniagaan dalam industri sukan bola sepak terlalu mencabar.
Sehubungan itu, katanya beliau ingin mengundang syarikat terbabit atau mana-mana individu atau syarikat lain yang berminat, untuk menghantar surat hasrat atau surat tawaran secara rasmi kepada KDA FC.
“Pihak pemegang saham KDA FC tidak ada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC.
“Masa depan KDA FC adalah lebih penting daripada mana-mana kepentingan yang lain,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, media…