
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen segera untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat memilih kerajaan baharu.
Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris mendakwa pilihan raya kilat disifatkan jalan terbaik mengukur sokongan kerajaan hari ini, bukan usul tidak percaya di Dewan Rakyat seperti gesaan Anwar kepada pembangkang, Jumaat lalu.

“Kalau betul-betul nak dapatkan mandat sahih maka PMX (Anwar) segera bubar Parlimen kerana yang mutlak memilih adalah rakyat jelata bukan Ahli Parlimen,” katanya kepada FMT.
Jumaat lalu, Anwar mencabar pembangkang mengikut undang-undang dan proses betul dengan membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Cabaran itu susulan usul diluluskan pada Muktamar Pemuda PAS, 12 Sept lalu supaya Anwar meletak jawatan atau diturunkan…