Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin PAS sanjung seruan Akmal

today3 January 2026

Background


Ahmad Fadhli Shaari, Shahidan Kassim, Afnan Hamimi Taib Azamudden
Pemimpin PAS Ahmad Fadhli Shaari, Shahidan Kassim, dan Afnan Hamimi Taib Azamudden menyambut baik seruan dibuat Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.
PETALING JAYA:

Tiga pemimpin PAS menyambut baik seruan Dr Akmal Saleh agar Umno bekerjasama dengan parti itu demi memupuk perpaduan Melayu.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata: “Nantikan kemunculan Muafakat Nasional (MN) 2.0!”, merujuk kepada pakatan politik dibentuk Umno dan PAS pada 2019.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Shahidan Kassim, berkata PAS bersedia bekerjasama dengan Umno melalui MN. “Salam pada Zahid Hamidi,” katanya merujuk kepada presiden Umno.

Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata umat Islam akan menjadi kuat sekiranya tidak berpecah, dan agenda menyatukan ummah mesti diberi keutamaan berbanding kepentingan peribadi.

“Kita buat kasi jadi!” katanya.

Akmal, yang merupakan ketua Pemuda Umno, berkata partinya dan PAS mesti berusaha ke arah menyatukan orang Melayu melalui MN, yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post