Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pemimpin perlu usaha jana kembali ekonomi rakyat, titah Sultan Selangor

today30 August 2023

Background


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mahu agar Malaysia kembali menjadi sebuah negara merdeka yang berdaya maju serta disegani di peringkat antarabangsa. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah menyeru barisan kepimpinan negara agar berusaha menjana kembali aspirasi ekonomi rakyat dengan melaksanakan semua keputusan perancangan pembangunan dengan cepat dan tepat.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah mahu agar Malaysia kembali menjadi sebuah negara merdeka yang berdaya maju serta disegani di peringkat antarabangsa, khususnya dalam sektor pelaburan dan ekonomi.

Dalam hantaran yang sama bersempena ulang tahun kemerdekaan ke-66 tahun negara, baginda berkenan mengingatkan seluruh rakyat jelata tentang pentingnya menghayati erti sebenar kemerdekaan demi menyuburkan kembali semangat patriotisme, serta menyemai rasa cinta dan sayang dalam jiwa semua bangsa di Malaysia.

Baginda…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post