Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Pujaan Hati Kanda dan Nur 2, Azar Azmi bakal muncul dalam sebuah drama terbaru, Maaf Tak Indah.

Menerusi laman Instagram pelakon 31 tahun itu, Azar ada memuat naik satu video pendek beserta kapsyen panjang lebar sebagai teaser bagi drama berkenaan.
https://www.instagram.com/p/B8DAKdEnDwF/
Menjengah ke ruangan komen, peminat rata-ratanya tidak sabar menunggu kemunculan Azar dalam drama terbaru itu.

Drama Maaf Tak Indah bakal ditayangkan menerusi slot Samarinda di TV3.

Selain Azar, drama 18 episod itu turut menampilkan Azlee Khairi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan dan Pauline Tan.
https://www.instagram.com/p/B7yZlGgpxzk/
https://www.instagram.com/p/B8GMk_ug4E2/
Sedikit informasi, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah binti Azmi mula aktif dalam dunia lakonan sejak 2016 dan sehingga kini memiliki 646,000 jumlah pengikut di Instagram.

Post comments (0)