Connect with us

Inspirasi

Peminat Buku Patut Cuba Baca Buku Ini

Ada stok buku baru lagi ke tu…

Published

on

Tidak kira secanggih mana sesuatu teknologi, buku mempunyai tarikannya sendiri. Lebih-lebih lagi bagi seseorang yang suka membaca. Jadi, kali ini khas untuk peminat buku, ini adalah beberapa cadangan buku yang patut anda baca.

A BIGGER MESSAGE: CONVERSATIONS WITH DAVID HOCKNEY

Buku yang ditulis oleh Martin Gayford ini memang sesuai untuk anda yang suka dengan keunikan seni. Buku ini mengisahkan tentang seorang pelukis Inggeris yang bernama David Hockney. 

Menurut Artsy, Hockney adalah seorang seniman yang berjaya menghasilkan karya pada hampir setiap medium termasuk fotografi, lukisan, dan reka bentuk set opera.

Untuk pengetahuan anda juga, Martin Gayford ini adalah antara pengarang buku yang telah menulis biografi banyak pelukis.

PLEASE LOOK AFTER MOM 

Pengarang Shin Kyung-Sook telah menulis banyak buku popular di Korea seperti The Girl Who Wrote Loneliness namun dalam bukunya Please Look After Mom ini meneroka tentang hubungan kekeluargaan, keibuan dan juga perasaan bersalah. 

Please Look After Mom ini adalah buku pertamanya yang muncul dalam bahasa Inggeris dan telah dijual lebih 2 juta cetakan di Korea Selatan .

SALINA 

Memang tidak lengkap jika seorang penggemar buku terlepas dengan karya sasterawan negara A.Samad Said yang satu ini. Salina adalah kisah gadis miskin yang berikhtiar untuk keluar dari kemiskinan hidup selepas Perang Dunia Kedua.

A.Samad Said juga telah memperlihatkan kebolehan seninya dengan melukiskan semua hal ini secara artistik melalui dialog-dialog dan tingkah laku watak-wataknya. Manusia yang lahir dalam Salina adalah manusia yang natural dan bukannya yang menjelma sebagai boneka dengan sifat-sifat hitam putihnya. 

TEMAN TAPI MENIKAH

Antara buku yang berkisarkan dari kisah benar dua orang sahabat Ayudia dan Ditto yang menjadi satu. Penulis menuliskan kisah bagaimana mereka berdua bersahabat sejak sekolah, jatuh cinta sehingga mempunyai keluarga yang bahagia sehingga kini.

Teman Tapi Menikah ini juga hadir dihasilkan dalam versi filem dan mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja dari peminat buku mereka, malah peminat filem.

Jadi buku mana satu dahulu yang anda nak baca? 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di