Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Peminat Doakan Agar Kekal Istiqamah Selepas Lihat Aprena Manrose Hadiri Majlis Ilmu

today6 December 2024

Background

Pelakon, Aprena Manrose berkongsi momen ketika menghadiri majlis ilmu ‘Wanita Dalam Al-Quran’ oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang berlangsung di kediaman selebriti, Betty Rahmad.

Kata Aprena, menghadiri majlis ilmu adalah salah satu terapi buat dirinya.

“Menghadiri majlis ilmu adalah salah satu terapi diri. Cuba try,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi video tersebut, turut dihariri selebriti, Nelydia Senrose, Nora Danish, Kaka Azraff, Uqasha Senrose, Syifa Melvin dan ramai lagi.

@aprenamanrose_official

Menghadiri majlis ilmu adalah salah satu terapi diri. Acerrr tryyyy 🙃

♬ Very Sad – Enchan

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendoakan agar Aprena terus istiqamah terutamanya dalam memakai hijab.

Ia susulan timbul dakwaan mengatakan Aprena telah membuka tudung selepas tular foto bermain badminton, serta penampilannya yang hanya memakai topi menutup rambut dalam satu perkongsian terbaru di Instagram.

Artikel Berkaitan: Tular Foto Aprena Manrose Didakwa ‘Free Hair’, Ini Respons Iwan Sebagai Bapa

Written by: Aqilah


Previous post