Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Peminat Minta Berlakon Dengan Jefri Nichol, Ini Respons Lucu Puteri Sarah

today29 November 2024

Background

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mencuit hati ramai di sesi siaran langsung TikTok, baru-baru ini.

Video tular tersebut memaparkan Puteri Sarah menjawab pertanyaan peminat yang bertanya sama ada dia mahu berlakon bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol.

Puteri Sarah bagaimanapun dengan spontan menjawab dia enggan bergandingan dengan Jefri gara-gara pendedahan aktor itu sebelum ini.

“Takutlah, nanti jadi nombor yang ke-22 pula hahaha. Tak naklah, seram. Dengan Jerffrydin, boleh (berseloroh),” katanya.

Sebelum ini, Jefri Nichol mengakui dia pernah meniduri lebih 20 wanita serta berlaku curang terhadap kekasihnya.

Pengakuan Jefri itu mencetuskan spekulasi dan kecaman daripada orang ramai yang berpendapat bahawa perbuatan terkutuknya itu tidak wajar dibanggakan.

Written by: Aqilah


Previous post